Renungan... Ada tig

Cintav

Renungan... Ada tiga orang manusia yang terkejut ketika menerima catatan amalnya di hari akhirat, lantaran banyaknya pahala yang tercatat didalamnya. Sedangkan ia merasakan tidak pernah melakukan kebajikan sebanyak itu. 1- Orang yang menanam sepohon pokok lalu ditinggalkannya. Tanpa ia sedar, sepeninggalannya burung-burung dan binatang datang memakan buah-buah dari pokok tersebut. Setiap yang dimakan oleh burung dan haiwan itu dikira pahala sedekah untuk yang menanamnya. 2- Seorang Alim yang mengajar hanya seorang anak murid. Anak murid itu kemudiannya menjadi alim pula dan mengajar 1000 orang anak murid. Maka setiap kalimat ilmu yang dipelajari oleh 1000 orang anak murid itu dikira amalan ilmu yang bermanfaat yang diberi ganjaran kepada orang Alim yang pertama tadi walaupun ia tidak mengetahuinya. 3- Seorang yang diumpati dan difitnah dibelakangnya. Sedangkan ia tidak mendengar dan mengetahuinya. Maka setiap kalimat umpatan dan fitnah terhadapnya yang keluar dari lidah siapa pun, akan dijadikan pahala kebaikan dan pahala kesabaran untuknya sehingga ia terkejut melihat pahala yang begitu banyak...?

Popular Comments

All Comments

Download and share your expertise!

Android Download
App Store