Masuk ward..tgok sor

cik bulan

Sweet Maker

Masuk ward..tgok sorg HO tgh genggam tisu,mata merah,menangis. Dia malu pada aku dan dia lari jauh kehujung langsir. Aku biarkan saja..Sebab apa yg dia lalui sekarang adalah sama dengan apa yang aku lalui dulu.. Hospital bukan sama mcm kisah doktor dalam filem. Kita make up..pakai bulu mata pelesu..high heel..jalan budget2 ayu No!.. Keje kau kena alert dengan apa yg ada disekeliling..Si A busy Si B dtg bantu..Si c busy..Si D datang bantu..tidak ada istilah penting diri. Kdg..pagi kau masuk keje dgn ikhlas yg membunga..blm smpi ptg ikhlas kau hilang dek kerana penat jasad yg melampau..sabarlah adik2 ku.. Fitrah..hospital ni mmg akn ada org yg budget kak long kawasan.ditenkingnyer kau..diherdik..dimalukan..itu biasa..kerana 2 tahun utk tempoh Housemanship mmg ada 100 kali kau akan menangis, even more than that. Bersabarlah adik2 ku..6 posting kau jelajah semua.Mcm2 yg akan kau belajar demi mencari redha Allah..kena phm..ini realiti..bukan cerita dalam drama doktor budget ayu..lipstik merah menyala.. No!. Kena bahan hari2 itu biasa..menangislah kerana tangisan itu juga Rahmat dari Allah.. Satu hari kau akan tahu kenapa Allah lemparkan kau kesini..diuji dengan masa tidur yg x cukup..masa makan lagilah! Jika berpeluang itupun cpt2 kena minta diri pegi sekejap sekadar utk menunaikan solat. Kau akan tahu setiap kali tgn nk menyuap Nasi blm tentu sampai keperut bila nama dijerit dek kerana emrgency case yg tiba2.. Doktor tidak glamer kawan...!! Cuma bila diberi sedikit penghargaan waima terima kasih sudah cukup buat kau rasa dihargai Doa dari mereka2 yg telah diberi izin Allah utk kita selamatkan jasad sudah cukup buat kita bahagia.. As i said to u before.. Hospital tempat mentarbiyah hati. Hari2 kita jumpa pelbagai kisah pilu. Tempat org melihat dunia pertama kali.. Juga tempat org meninggalkan dunia buat selamanya.. Sama mcm hidup kita.! Mati itu janji Allah! Tapi bukan mati yg kita takutkan. Kehidupan mati itu yg kita risaukan.. Persis apa? Kata Nabi saw "Mati kita adalah persis apa hidup kita didunia dahulu" "Wahai anak Adam..apa yg kamu sudah siapkan utk malam pertama kamu nanti ditanah perkuburan?Tidakkah kami tahu ia adalah malam pertama yg mengerikan.malam yg kerananya Para Ulama dan orang-orang soleh menangis" Adik2 ku.. Justeru.. Tuhan meletakkan kita dalam keadaan sulit sekarang bukannya satu kebetulan.. Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui kemudahan..kesenangan dan nyaman sentiasa. Tapi mereka dihasilkan melalui kritikan..airmata dan kesukaran.. Saat kita lemah..ada yg akan menguatkan walaupun hanya dgn kata2.. Bersabarlah.. Kerana org yg sabar akan dicukupkan pahala buat mereka..itu janji Allah.. Allah! I trade my energy,time,thoughts and working as a doctor for your Mercy and forgiveness.. Please make this consuming work of mine a means of ibadah for me. For i feel at the end of the day..i really dont have anything to give to YOU. TQ Allah for Your love and Mercy.. U dun need the whole world to support u..U just need those few significant individuals to keep u going in life.. And.. If no one"s left..Allah is always been there.. Have faith people..

Popular Comments

All Comments

Download and share your expertise!

Android Download
App Store